Marquee

KPM BERANANG LOT 2333 JALAN KAJANG/SEREMBAN 43700 BERANANG SELANGOR

15 Jun 2010

Integrasi internet dalam pendidikan

Salam...
Bertemu kita lagu dalam post terbaru saya. Tidak dinafikan dewasa ini, internet telah memainkan peranan penting tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun. Tetapi tahukah anda bagaimana internet dapat diaplikasikan dalam bidang pendidikan?
Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik.
Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
·         E – mail (Mel Eletronik)
·         Laman Web (WWW)
·         Internet Relay Chat (IRC)
·         Telnet
·         Kumpulan Diskusi dan Berita
·         File Transfer Protocal (FTP)
Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam post berikutnya saya akan menerangkan tentang fungsi email dan bagaimanakah email dapat membantu dalam sistem pendidikan khususnya kepada guru dan pelajar. Jumpa lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan